LinguaLibre
LinguaLibre:Perihal
Lingua Libre merupakan satu projek di bawah Wikimédia France bertujuan untuk membina "korpus audiovisual" secara bekerjasama dan berbilang bahasa di bawah lesen percuma dengan tujuan untuk:
- Meluaskan ilmu pengetahuan berkaitan bahasa dan dalam bahasa dalam kaedah audiovisual di laman sesawang, projek-projek Wikimedia malahan di luar platform tersebut;
- Menyokong pembentukan dan perkembangan masyarakat bahasa atas talian — terutamanya yang berkaitan dengan bahasa-bahasa minoriti, bahasa-bahasa tempatan, bahasa-bahasa lisan atau bahasa-bahasa isyarat yang kurang dititikberatkan — supaya dengan usaha ini dapat membantu masyarakat mengakses maklumat atas talian dan mengekalkan kebertahanan penggunaan bahasa-bahasa ini di kalangan masyarakat.
Bagaimana ingin menyertai?
Anda boleh guna "Lingua Libre" dengan cara menjelajah dan mengguna semula rakaman suara, memberi sumbangan kepada korpus melalui merakam kata demi kata, atau menaiktaraf laman ini dengan rundingan daripada komuniti di sini.
Tab Record Wizard (atau dikenali sebagai Pintar Rakam) membenarkan perakaman audio-audio pendek (1 kata, 1 frasa), mengkategori rakaman tersebut lalu menerbitkan rakaman tersebut di Commons Wikimedia dengan menggunakan satu komputer atau satu telefon pintar. Untuk melakukan perkara tersebut anda diminta untuk melog masuk atau mencipta akaun pengguna baharu. Panduan pengguna disediakan pada laman bantuan.
Untuk mengubahsuai laman-laman tersebut, anda hanya perlu melog masuk dan tekan Ubahsuai. Untuk menambah lebih banyak halaman, terdapat dua langkah: masukkan tajuk laman yang anda ingin cipta di enjin carian, dengan imbuhan awal "LinguaLibre:". Satu mesej akan tampil untuk menjemput anda mencipta laman tersebut. Untuk mengubahsuai laman-laman yang penting, sila berunding dengan komuniti LinguaLibre terlebih dahulu.
Kenapa perlu menyertai?
Lingua Libre wujud melalui pemerhatian terhadap kekurangan pada projek-projek Wikimedia dan di laman sesawang secara amnya:
- Kekurangan kepelbagaian: Walaupun laman sesawang secara teorinya terbuka kepada semua orang, kandungannya masih jauh dari mewakili semua bahasa secara seimbang. Lebih dari 50% laman sesawang adalah berbahasa Inggeris; hanya 301 dari 7000+ bahasa mempunyai ensiklopedia bebas [1], dengan kandungan yang rendah kuantiti dan kualitinya berbanding bahasa-bahasa dengan kandungan yang lebih sahih seperti Wikipedia dalam bahasa Inggeris[1],[2]. Tambahan pula, kandungan kebanyakan perumah laman sesawang melalui medium penulisan secara umumnya mencermin serta mengikut citarasa dan keperluan Barat, maka hal ini menjelaskan kekurangan kepelbagaian linguistik.
- Kekurangan dari segi kelisanan: Walaupun semua bahasa adalah dituturkan secara lisan (hanya 4,000 daripada 7,000 bahasa-bahasa di dunia mempunyai sistem penulisan)[4], perkongsian dan komunikasi ilmiah melalui teknologi informasi dan komunikasi baharu paling utamanya dilakukan dalam bentuk penulisan, terutamanya di laman sesawang, walaupun ia membenarkan kepelbagaian format multimedia. Pengantaraan lisan melalui penulisan kata menimbulkan pelbagai kekangan terhadap sumbangan, seperti penggunaan aksara Unicode, budaya di sebalik kata-kata ditulis, pemiawaian ortografi bahasa atau kadar celik huruf sesuatu masyarakat.
- Kekurangan dari segi kepelbagaian dan kelisanan mengehadkan keupayaan pengguna-pengguna Internet untuk berkomunikasi dan menyumbang secara atas talian ke pelbagai platform sesawang apabila mereka tidak boleh mencari kandungan serta komuniti yang berkongsi maklumat dalam bahasa mereka. Di antara bahasa-bahasa minoriti tempatan yang menggunakan lisan atau isyarat sahaja, mereka terancam terutamanya bagi mereka yang kurang dititikberatkan, banyak bahasa yang mengalami ancaman kepupusan dan penyertaan mereka di laman sesawang merupakan cabaran dan peluang yang besar.
- Memang benar, di antara 7000 bahasa yang wujud pada hari ini, terdapat anggaran hanya 2500 sahaja yang boleh bertahan sehingga ke abad seterusnya dan hanya 250 sahaja (kurang dari 5%!) akan melakukan pendayaan digitalnya — yakni digunakan dengan kerap untuk tujuan komunikasi di ruang digital oleh penutur asli secara selesa di dunia sesawang — satu faktor yang penting terhadap keberlangsungannya[5]. Inisiatif pada waktu ini oleh ahli linguistik dan aktivis untuk mendokumen dan mengongsikan data, sumber dan kandungan berkaitan bahasa-bahasa yang perlu dipeliharakan secara atas talian tidak membantu secara langsung terhadap perkembangan komuniti linguistik yang berdaya digital di kalangan pengguna Internet, dan ini mengekalkan keterbatasan impaknya.
- Lingua Libre aims to make up for this lack of support by placing itself at the service of linguistic communities wishing to insert and promote their language into the digital space by exploring alternative means of communication to the written word, in the hope that this will free up online communication in a growing number of languages. This objective favours by its very nature regional minority languages that are poorly endowed in terms of oral or signed language, but also benefits more endowed languages that wish to highlight their oral and visual aspects. To fulfil its mission, Lingua Libre offers an online solution for mass recording, leading to the publication of a collaborative multilingual audiovisual corpus under free licence, whose vocation is information through consultation, and revitalisation by triggering the contribution of new language communities on Lingua Libre and then outside.