Memang benar, di antara 7000 bahasa yang wujud pada hari ini, terdapat anggaran hanya 2500 sahaja yang boleh bertahan sehingga ke abad seterusnya dan hanya 250 sahaja (kurang dari 5%!) akan melakukan pendayaan digitalnya — yakni digunakan dengan kerap untuk tujuan komunikasi di ruang digital oleh penutur asli secara selesa di dunia sesawang — satu faktor yang penting terhadap keberlangsungannya$5. Inisiatif pada waktu ini oleh ahli linguistik dan aktivis untuk mendokumen dan mengongsikan data, sumber dan kandungan berkaitan bahasa-bahasa yang perlu dipeliharakan secara atas talian tidak membantu secara langsung terhadap perkembangan komuniti linguistik yang berdaya digital di kalangan pengguna Internet, dan ini mengekalkan keterbatasan impaknya.