Translations
LinguaLibre:About/12/ms
Lingua Libre merupakan satu projek di bawah Wikimédia France bertujuan untuk membina "korpus audiovisual" secara bekerjasama dan berbilang bahasa di bawah lesen percuma dengan tujuan untuk:
- Meluaskan ilmu pengetahuan berkaitan bahasa dan dalam bahasa dalam kaedah audiovisual di laman sesawang, projek-projek Wikimedia malahan di luar platform tersebut;
- Menyokong pembentukan dan perkembangan masyarakat bahasa atas talian — terutamanya yang berkaitan dengan bahasa-bahasa minoriti, bahasa-bahasa tempatan, bahasa-bahasa lisan atau bahasa-bahasa isyarat yang kurang dititikberatkan — supaya dengan usaha ini dapat membantu masyarakat mengakses maklumat atas talian dan mengekalkan kebertahanan penggunaan bahasa-bahasa ini di kalangan masyarakat.