Template

Welcome/text/ms

< Template:Welcome
Revision as of 02:48, 30 July 2023 by Hakimi97 (talk | contribs) (Created page with "Pertimbangkan untuk menggunakan mikrofon luaran")

Other languages:
Bahasa Indonesia • ‎Bahasa Melayu • ‎Bali • ‎Deutsch • ‎English • ‎Esperanto • ‎brezhoneg • ‎català • ‎français • ‎galego • ‎lietuvių • ‎norsk bokmål • ‎occitan • ‎polski • ‎sicilianu • ‎suomi • ‎svenska • ‎български • ‎македонски • ‎русский • ‎українська • ‎עברית • ‎বাংলা • ‎தமிழ் • ‎తెలుగు • ‎日本語

Selamat datang

Selamat datang ke Lingua Libre, {{{user}}}!
Logo Lingua Libre

Lingua Libre ialah projek yang bertujuan untuk membina korpus audiovisual berbilang bahasa kolaboratif di bawah lesen percuma untuk mengembangkan pengetahuan tentang bahasa dan membantu komuniti bahasa atas talian untuk berkembang.
Andalah yang boleh membantu kami!
Anda boleh mengunjungi halaman ini jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai projek tersebut.

Sebelum bermula

Anda boleh mencipta laman Pengguna anda dengan mengklik padanya. Kami mengesyorkan agar anda menambah templat babel padanya. Templat ini amat berguna untuk menunjukkan kepada orang lain bahasa yang anda tuturkan, dan untuk memudahkan mencari orang lain yang bercakap bahasa anda. Jika anda tidak biasa dengan kod wiki, anda boleh pergi ke laman Pengguna demo ini, baca arahan dan salin templat babel yang disediakan, dan kemudian tampalkannya pada laman pengguna anda sebelum menyesuaikannya dengan maklumat anda. Anda kemudian boleh menerbitkan laman Pengguna anda!

Nak mula di mana?
  • Ikuti langkah-langkah perisian Pintar Rakam
  • Fikirkan perkataan yang anda ingin rakamkan. Anda boleh memasukkannya satu per satu (senarai langsung), gunakan kategori sedia ada daripada projek Wikikamus atau Wikipedia, atau buat senarai anda sendiri.
Perlukan bantuan?

Anda boleh mengunjungi laman bantuan ini yakni tempat anda boleh mendapat nasihat untuk memulakan sumbangan anda di Lingua Libre. Jika anda tidak menemui jawapan kepada soalan anda, sila tanya di Bilik Sembang.

Amalan baik
  • Cuba elakkan bunyi latar belakang semasa rakaman
  • Sila dengar sebutan sebelum memuat naik rakaman suara anda
  • Pertimbangkan untuk menggunakan mikrofon luaran

Best regards!